Zaref Shah Al HaQQy sekali lagi menimbulkan syubhat kepada orang awam dengan mengatakan pengarang kitab Syarh al-Sunnah sebagai #pendusta, #pentashbih serta banyak lagi gelaran tercela. Adakah ia benar?
.
JAWAPAN
========
.
❶ Sebenarnya, Zaref terkeliru dengan dua tokoh yang hampir sama ini:
.
Ⓐ Abū Muhammad al-Hasan al-Barbahārī [329H] - pengarang Syarh al-Sunnah.
.
Ⓑ Abū Bahr bin Kauthar al-Barbahārī [362H] - salah seorang muhaddith
.
❷ Apabila kita merujuk kitab al-Ansāb karya al-Sam'ānī, ungkapan #tajrih dari Abū Nu'aīm al-Asbahānī, Muhammad bin Abī al-Fawāris dan Abū al-Hasan bin al-Furāt ditujukan kepada Ⓑ iaitu Abū Bahr bin Kauthar al-Barbahārī [362H] (lihat petikan kitab).
.
❸ Ini kerana, pengarang Syarh al-Sunnah iaitu Abū Muhammad al-Hasan al-Barbahārī wafat pada 329H. Bahkan, al-Khatīb al-Baghdādī juga ada menukilkan biografi penuh Abū Bahr bin Kauthar al-Barbahārī - yang jelas menunjukkan perbezaan biografi mereka berdua. (lihat petikan kitab).
.
❹ Begitu juga di dalam kitab al-Bad'u wa al-Tārīkh karya al-Mutahhir bin Tāhir al-Maqdisī bahawa laqab al-Barbahāriyyah tidak ditujukan kepada pengarang Syarh al-Sunnah, tetapi ia ditujukan kepada golongan muhaddith secara umum, dan Abū Muhammad al-Hasan al-Barbahārī bukan dari golongan tersebut.
.
❺ Ini dapat dibuktikan pengarang Syarh al-Sunnah tidak terkenal sebagai muhaddith, tetapi terkenal sebagai Sheikh al-Hanābilah, faqīh usūl dan furū' mazhab Hanbalī, sebagaimana kata al-Zahabī:
.
الحسن بن عليّ بن خَلَف، أبو محمد البَرْبَهاريّ الفقيه العابد [المتوفى: 329 هـ] شيخ الحنابلة بالعراق. كان شديداً على المبتدعة، له صيت عند السلطان وجلالة، وكان عارفًا بالمذهب أصولًا وفروعًا
.
"Al-Hasan bin 'Alī bin Khalaf, Abū Muhammad al-Barbahārī al-Faqīh al-'Ābid [wafat 329H] Sheikh al-Hanābilah di 'Iraq. Beliau tersangat (memusuhi) golongan bid'ah. Beliau mempunyai kedudukan disisi sultan dan para pembesar. Beliau arif mazhab (Hanbalī) dari segi usūl dan furū'."
.
Begitu juga kata al-Ziriklī:
.
الحسن بن علي بن خلف البربهاري، أبو محمد: شيخ الحنابلة في وقته. من أهل بغداد. كان شديد الإنكار على أهل البدع، بيده ولسانه. وكثر مخالفوه فأوغروا عليه قلب القاهر العباسي سنة 321هـ فطلبه، فاستتر. وقبض على جماعة من كبار أصحابه ونفوا إلى البصرة
.
"Al-Hasan bin 'Alī bin Khalaf al-Barbahārī, Abū Muhammad: Sheikh al-Hanābilah pada zamannya dari penduduk Baghdad. Beliau sangat mengingkari golongan ahli bid'ah dengan tangan dan lisannya. Ramai orang (ahli bid'ah dan lain-lain) menentangnya dan mereka mencetuskan kemarahan ke atasnya pada zaman penggulingan al-Qāhir al-'Abbāsī tahun 321H, beliau diminta menyerah diri namun beliau bersembunyi. Beliau kemudian dilarikan oleh kibar ashabnya (al-Hanābilah) dan mereka melarikan diri ke Basrah."
.
❻ Bahkan, gelaran al-Barbahāriyyah, al-Hashwiyyah dan lain-lain adalah laqab yang diberikan oleh golongan ahli bid'ah dan ahli kalam kerana bencinya mereka terhadap golongan athar dan ahli hadith dalam kalangan al-Hanābilah:
.
الحنابلة هم أتباع مذهب الإمام أحمد بن حنبل رحمه الله ووصفهم بالحشوية هو من جهة أهل البدع وأهل الكلام، وليس رميهم بهذا الوصف قاصراً عليهم بل يطلقه هؤلاء المبتدعة على كل أتباع الحديث - ولو من غير الحنابلة- المتبعين مذهب السلف الصالح المعارض لمذاهب المتكلمين والفلاسفة ونحوهم، كما ورد عن الإمام أحمد أن من علامة أهل البدع تسمية أهل السنة بألقاب افتروها من عند أنفسهم
.
"Al-Hanābilah adalah pengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dan mereka disifatkan sebagai al-Hashwiyyah oleh ahli bid'ah dan ahli kalam, gelaran ini bukan sahaja dilemparkan oleh mereka, bahkan golongan mubtadi' lain ke atas golongan yang menyelusuri hadith - sekalipun mereka bukan dari kalangan al-Hanābilah - iaitu orang yang mengikuti mazhab al-salaf al-sālih yang menentang mazhab-mazhab golongan ahli kalam, falsafah dan sebagainya, sebagaimana diriwayatkan oleh dari Imam Ahmad bahawa diantara tanda ahli bid'ah ialah menggelar ahli sunnah dengan gelaran tertentu yang jelik yang direka oleh mereka."
.
Rujuk: https://www.islamweb.net/ar/fatwa/105571/
.
Kesimpulan
=========
.
⓵ Jelas disini bahawa nukilan yang dibuat oleh Ibn Nafis dan Zaref ini adalah salah dan fitnah terhadap pengarang kitab Syarh al-Sunnah.
.
⓶ Kesalahan yang ketara disini ialah Ibn Nafis dan Zaref tidak melihat tarikh lahir dan tarikh wafat kedua-dua tokoh ini. Jika mereka telah mengenal pasti hal ini, sudah tentu mereka sedar bahawa ia adalah dua individu yang berbeza.
.
⓷ Maka, pengarang kitab Syarh al-Sunnah iaitu Abū Muhammad al-Hasan al-Barbahārī [329H] bukan seorang pendusta dan pentashbih.

No comments:
Post a Comment