Sunday, 27 December 2020

Nasihat Untuk Pengkaji Yang Berkedudukan Dalam Usaha Mereka Untuk Sampai Kepada Kebenaran

 Oleh : Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ

نصائح للباحثين المتمكنين في سعيهم للوصول إلى الصواب

تعود بعض أهل العلم معرفة الحق بالرجال وهذا سبيل غير محمود. فيقول: قال الإمام فلان  أو صرح به فلان  أو هو إحدى الروايتين ورجح الأصحاب الثانية وعليها الفتوى أو على طريقة فقهاء السادة الشافعية من أتقن مقدمة المنهاج فإنه سيعرف المعتمد في المذهب ومرتبة الاختلاف في المسألة (قوة المدرك) وهل الاختلاف هو اقوال أو وجوه وكيفية حكاية المذهب والاختلاف بين الخرسانيين والبغداديين في ذلك....الخ . وأظن أن هذه الطريقة ينبغي أن يمر عليها طالب العلم في مسيرته العلمية.

وهذا إن كان سائغا في الفقه لكنه في العقائد لا يسوغ لأهل العلم وطلبته، ولابد لهم من مجانبة التقليد والبحث الصحيح، والتمييز بين مسائل الأصول والفروع ودرجات الاختلاف. وأهل العلم منعوا التقليد في العقائد. ومن مشهور أبيات "جوهرة التوحيد" :

إذ كل من قلد في التوحيد # إيمانه لم يخل من ترديد

وهذا كلام نظري فكتب التوحيد مذهبية، تكرر ماسبق، وتشنع على المخالف وتعتبر المرجعية للمتن نظما أو نثرا ولا تعطي مجالا للمخالف، وإلا تغيرت المواقف منه. مع أن هذه المذاهب، تدور بين الخطأ والصواب.

وأقرب طريق يوصلك للصواب هو ملاحظة النصوص والقواعد الشرعية واستصحاب آلات البحث فتصل للمطلوب من أقرب طريق وتعرف مراتب الاختلاف مع الابتعاد عن الهوى والعصبية وهنا تصل إلى القول الذي ينبغي أن يعد صوابا في نظر الباحث على الأقل.

وهذه مسالك المجتهدين والعلماء اتباع الدليل وهو منهج أئمة أهل البيت عليهم السلام . وقد استطاع ابن حزم في كتابه "المحلى" مناقشة كبار الفقهاء المشهورين من اصحاب المذاهب السنة وتفوق وخالف وظهر عليهم وجانب الصواب في البعض لكنه سلك طريق الجادة . وقريب منه كتابات ابن دقيق العيد في شرح عمدة الأحكام وما سطره العراقي في طرح التثريب والأمير الصنعاني والحسن الجلال والشوكاني وغيرهم. وهي طريقة السادة آل الصديق الغماري .

وإياك ثم إياك أن تدور مع الأقوال وقائليها  وتظن أن الصواب هو في معتمد المذهب أو في قول فلان . ولا تتهيب مخالفة أو موافقة الآخرين فالحق لا يعرف بالرجال، ولكن اعرف الحق تعرف أهله.

Telah terbiasa ahli ilmu dalam mengenali kebenaran melalui seseorang, sedangkan ini adalah cara yang tidak terpuji. Dia berkata: "Berkata fulan" atau "Fulan menyatakan sedemikian" atau "Dia adalah salah seorang daripada dua riwayat" atau "Aṣḥāb peringkat yang kedua telah merajihkannya dan dipegang fatwanya" atau "Atas jalan fuqaha aš-Šāfi*iyy yang ternama yang merupakan antara yang paling teliti dalam muqaddimah al-Minhāj, lalu kerana itu akan dikenali yang dipegang dalam mazhab serta martabat ikhtilaf dalam permasalahan, iaitu kekuatan capaiannya; Sama ada ikhtilaf itu adalah aqwāl atau wujūh, tatacara pengurahan mazhab, ikhtilaf antara penduduk Khurasan dan Baghdad pada hal itu....sehingga akhir". Aku fikirkan bahawanya cara ini yang sepatutnya direntasi oleh penuntut ilmu dalam runtunan ilmiahnya.

Walaupun ini elok dalam fiqh, tetapi ia tidak elok dalam aqidah untuk ahli ilmu dan penuntut ilmu. Tidak dapat tidak, mereka perlu menjauhi taklid, mengkaji yang benar, membezakan antara masalah pokok dan ranting serta darjat ikhtilaf. Ahli ilmu melarang taklid dalam aqidah. Antara yang masyhur adalah bait Jawharoh at-Tawḥīd :

إذ كل من قلد في التوحيد # إيمانه لم يخل من ترديد

Ketikamana setiap orang yang bertaklid dalam tauhid # Maka, imannya belum sunyi dari bolak-balik

Ini adalah kalam teori. Lantas, kitab at-Tawḥīd mewajibkan mazhabnya, mengulangi apa yang terdahulu, mencela penyelisihan, diambil kira perujukannya pada matan dalam bentuk nazam atau prosa dan tidak diberikan lapangan untuk penyelisihan yang jika tidak sedemikian, berubahlah pendirian padanya meskipun mazhab ini berpusar antara benar dan salah.

Jalan yang lebih dekat yang menyampaikan kepada kebenaran adalah memerhatikan teks, kaedah-kaedah syarak dan bahan-bahan pengkajian. Pasti kamu akan sampai apa yang dituntut melalui jalan yang lebih dekat dan mengenali kedudukan ikhtilaf. Dalam masa yang sama, hendaklah menjauhi hawa nafsu dan asobiyyah. Ini sekurang-kurangnya yang akan menyampaikan engkau kepada pendapat yang sepatutnya dianggap benar dalam pemerhatian pengkaji.

Ini adalah penelusuran para mujtahid, ahli ilmu yang mengikut dalil dan manhaj ahli bait *Alayhim as-Salām. Ibn Ḥazm dalam kitabnya "al-Muḥallā " mampu untuk berbincang dengan fuqaha kebesaran yang masyhur dari kalangan aṣḥāb mazhab sunnah. Dia mengungguli, menyelisihi dan melangkaui mereka. Walaupun menjauhi kebenaran untuk sebahagian, tetapi dia melangkah di jalan ini dengan kesungguhan. Yang terdekat dalam hal ini juga adalah penulisan Ibn Daqīq al-*Īd dalam Šarḥ *Umdah al-Aḥkām. Begitu juga apa yang ditulis oleh al-*Irōqiyy dalam Ṭorḥ at-Taṯrīb. Demikian juga al-Amīr aṣ-Ṣon*āniyy, al-Ḥasan al-Jalāl, aš-Šawkāniyy dan lain-lain. Ini juga jalan keluarga aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy.

Waspadalah, kemudian waspadalah diri engkau daripada berpusar pada pendapat dan orang yang memberi pendapat. Engkau menyangka bahawa ia adalah benar dalam pendapat muktamad mazhab atau pendapat fulan. Usahlah engkau gentar untuk menyelisihi atau menyetujui orang yang lain. Kebenaran tidak mengenal seseorang. Namun, kenallah kebenaran, nescaya engkau kenal ahlinya.

Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=680942115653398&id=100012128473491

No comments:

Post a Comment