Sunday, 27 December 2020

Di Akhir Zaman Bukan Hanya Ilmu, Aqal Juga Akan Ditarik Oleh Allah SWT



"...قَالُوا: سُبْحَانَ اللهِ ومَعَنَا عُقُولُنَا؟ قَالَ: "لَا، تُنْزَعُ عُقُولُ أَكْثَرِ ذَلِكَ الزَّمَانِ وَيَخْلُفُ لَهُ هَبَاءٌ مِنْ النَّاسِ لَا عُقُولَ لَهُمْ...."

"...Para sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w : "Maha suci Allah! adakah pada waktu itu (Al-Haraj : fenomena berbunuhan secara membuta-tuli berleluasa sesama Islam di akhir zaman) kita masih ada aqal?

Rasulullah s.a.w menjawab : "Tidak, kerana sesungguhnya akan ditarik aqal-aqal kebanyakan manusia zaman itu dan yang tinggal hanyalah manusia-manusia habuk yang tidak memiliki aqal..."
(Hadis riwayat Imam Ahmad & Ibn Maajah)

Maka, marilah kita kembali menghormati peranan Aqal dalam memahami agama, kerana mengambil ringan akan kepentingannya pasti akan meleluasakan lagi Al-Haraj yang sudah pun bermula.
Fenomena memandang enteng/menghina/takut pada Aqal yang masih berleluasa di kalangan sebahagian guru-guru dan penuntut agama mesti diubah dengan segera. 

Al-Quran & Hadis tidak pernah melaga-lagakan diantara Qalbu dengan Aqal, ataupun diantara metodologi Qiyaasi (deductive) dengan Istiqraa'i (inductive & empirical) & Tajribi/Zauqi (experiential), bahkan, kita melihat di dalam Al-Quran dengan jelas perintah untuk melakukan ketiga-tiga ini secara bersepadu :

(1) Fitrah & Ta'aqqul (Berfikir/deductive)
(2) Nazar & Tadabbur (Pandang & kaji alam/inductive & empirical)
(3) Wajilatil Qulub & Taqsha'irrul Juluud (Merasa dengan qalbu dan tubuh/experiential)

2 ayat surah Al-Hadid : 16-17 ini merangkum ketiga-tiga metodologi itu :

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk KHUSYUK HATI mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran yang diturunkan? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik-derhaka.

KETAHUILAH KAMU BAHAWA ALLAH MENGHIDUPKAN BUMI SESUDAH MATINYA; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, SUPAYA KAMU MENGGUNAKAN AQAL." 

Bila salah satu dari jalan yang tiga ini dihina atau dipandang enteng, maka salah satu daripada pintu ilmu akan tertutup, atau lebih buruk lagi jika dicerai-ceraikan dan dilaga-lagakan antara satu sama lain, maka nantikanlah gelombang ribut ganas manusia-manusia habuk itu.

Benarlah bahawa yang menjadikan seseorang Muslim itu teroris bukan kerana dia tidak membaca Al-Quran dan Hadis, tetapi kerana dia membacanya tanpa menggunakan Aqal dan Tafakkur yang betul.

Sumber Asalhttps://www.facebook.com/NoorDeros/posts/10157692946272227

No comments:

Post a Comment